Skip to main content

Posts

PERLUKAH MELAYU BERKONGSI KUASA POLITIK?

KENAPA BERKONGSI KUASA? 
Adakah kerana kita Melayu bodoh? ....sanggup melepaskan kuasa ditangan kepada bangsa-bangsa pendatang? Atau terjual dengan dasar pecah dan perentah oleh penjajah Inggeris? Atau kerana terlalu terdesak untuk mencapai kemerdekaan? Atau kerana hasad dan dengki antara sesama bangsa Melayu menyebabkan kita sanggup berpecah dan kemudiannya berkongsi kuasa dengan bangsa-bangsa lain? FAKTA dan HAKIKATnya Melayu tak perlu berkongsi kuasa politik bersama China dan India untuk memerintah Malaysia di bawah system demokrasi yang sedia ada. Bangsa Melayu sebagai bangsa tetap Tanah Melayu adalah memiliki sekitar 70% majoriti dan sewajarnya memerintah Malaysia sejak 61 tahun dahulu lagi. Perlembagaan persekutuan Malaysia tidak ada menyebut perlunya berkongsi kuasa politik antara bangsa-bangsa utama di Malaysia, ianya langsung tidak bercangah dengan mono-ethnik politik malah di dalam perlembagaan tersebut dinyatakan dengan jelas tentang hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa Mela…
Recent posts

CALON BEBAS PENENTU KEMENANGAN PRK N27 RANTAU

SEREMBAN: Rantau merupakan pilihan raya kecil ke-7 diadakan selepas pilihan raya umum 9 Mei tahun lalu, iaitu PRK DUN Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan Semenyih, kesemuanya di Selangor dan PRK kerusi Parlimen Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Cameron Highlands (Pahang).Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini dan hari mengundi awal dijadualkan pada 9 April depan. Terdapat 29,926 pengundi berdaftar di DUN Rantau, dengan 55% daripadanya pengundi Melayu, India 26% dan Cina 19%. Pertandingan empat penjuru diumumkan olih SPR di PRK N27 DUN Rantau yang menyaksikan Mohamad Hasan dari BN, Dr Streram dari Keadilan dan dua calon bebas iaitu Malar, 51 tahun dari Port Dickson dan Mohd Nor Yassin, 67 tahun dari Gemenchih. Mohd Nor Yassin, cukup yakin dan optimis untuk meraih kemenangan pada pilihan raya kali ini. Beliau adalah bekas pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan, berkata dia mengakui bertanding untuk meraikan demokrasi di negara in…

POLITIK MENJUNJONG KELUHORAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Perlembagaan Persekutuan telah mengatur dan memberikan acuan perjalanan politik di Tanah Melayu /Malaysia sejak 61 tahun dahulu yang harus dipatuhi demi menjaga kerharmonian dan kesejahteraan  semua kaum di Malaysia. Parti-parti politik yang ditubuhkan seharusnya menepati kerangka politik yang tercatat dengan jelas di dalam Perlembagan Persekutuan tersebut. Tidak wajar sama-sekali mana-mana pihak mempersoalkan atau persendakan sebarang fasa yang tercatat di dalam Perlembagaan tersebut, terutamanya fasa 153 yang dengan jelas menyebut tentang raja berperlembagaan, hak-hak istimewa orang-orang Melayu, Islam sebagai ugama resmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta pengekalan tanah-tanah reserved Melayu. Semua parti politik di Malaysia mesti memasukkan di dalam perlembagaan parti mereka satu fasa tentang tanggung jawab menjunjong tinggi Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan seharusnya pihak ROS mengambil berat tentang perkara ini dan boleh bertindak tidak meluluskan sebarang pa…

POLITIK ERA BARU - POLITIK BANGSA-BANGSA MALAYSIA

Kenapa melayu perlu berkongsi kuasa? Perlukah kita bangsa melayu berkongsi kuasa dengan China dan India sejak 61 tahun dahulu? Apakah kerana negara berbilang bangsa maka kita perlu berkongsi kuasa untuk berkuasa? Untuk menjawab pertanyaan ini kita perlu melihat kembali sejarah Tanah Melayu bagi mengukap semula bagaimana perkara ini boleh terjadi. Tanah Melayu telah dijajah olih Portugis, Belanda, British, Jepun dan PKM selama 400 tahun lebih dan diantaranya Britishlah yang paling lama memerintah dan telah mencorakkan acuan Malaysia yang ada pada hari ini. Mereka telah membawa beramai-ramai orang India untuk berkerja di ladang-ladang getah dan orang-orang China untuk berkerja di lombong-lombong Bijih Timah. Orang-orang Melayu kekal tinggal di kampong-kampong mengusahakan sawah padi, bertani dan menternakan ayam itik secara kecil-kecilan. Akhirnya kawasan-kawasan lombong berkembang dan menjadi bandar-bandar yang ekonominya dikuasai penuh olih orang China sebagai peniaga-peniaganya. Briti…

RASISKAH KITA BILA MENYEBUT HAK-HAK ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU?

Saya ingin membawa perkongsian tentang kenyataan bekas Perdana Menteri Australia yang saya rasa mempunyai persamaan yang setara dengan apa yang berlaku di Malaysia. Tetapi di Malaysia kalau kita bercakap begini sudah tentu ramai yang mengatakannya 'RASIS' sedangkan kesemua perkara-perkara ini dicatat di dalam Perlembagaan Persekutuan kita dengan jelasnya.
Apabila kita bercakap tentang memperkasakan agenda-agenda  Melayu dan menyebut tentang hak-hak istimewa orang-orang Melayu maka riuh rendah pihak DAP mengatakannya rasis dan terlalu perkauman.
Rasiskah apabila kita menuntut penggunaan Bahasa Melayu di sekolah-sekolah jenis kebangsaan China? Atau menuntut penghapusan sekolah jenis pendidikan China di Malaysia? Apakah rasis atau perkauman melampau apabila kita menyebut perkara-perkara yang disebut khusus didalam perlembagaan Persekutuan? Atau bolehkah kita menuduh perlembagaam Persekutuan itu rasis?
Tidak ramai orang yang berani menyebut perkara-perkara diatas dan kalau di dalam P…

MEMPERKASAKAN BERSATU

Bersatu adalah satu daripada komponen parti yang membentuk Parti Pakatan Harapan, komponen lain adalah parti DAP, Keadilan dan Amanah. Bersatu adalah komponen parti yang paling baru ditubuhkan dan bergabung dengan Pakatan Harapan sebelum PRU14 lalu. Kehadiran Bersatu amat dialu-alukan di dalam PH kerana kehadirannya mampu membawa semangat Melayu dan memberi imej tarikan orang-orang Melayu untuk menyokong PH, tambahan pula Tun M telah dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan.  Semasa bersama PH dari awal-awal lagi Bersatu telah menjelaskan tentang pentingnya Bersatu ini dilihat sebagai parti dominan  di dalam PH supaya orang Melayu percaya dan yakin bahawa di dalam PH juga orang Melayu yang memegang Kuasa Politik tersebut. Bersatu sebagai parti Melayu yang mengantikan UMNOharus nampak dan berperanan seperti UMNO sebagai parti teras di dalam BN dan Bersatu sebagai parti teras di dalam PH. Perkara untuk menjadikan Bersatu dominan dan parti teras di dalam PH tidak menjadi syarat utama pe…

KEKAL 50/50 DI N27 RANTAU

Strategy PKR memilih DR S Streram seorang doktor pakar bius India bukan anak tempatan boleh membawa berbagai-berbagai interpretasi yang  berbeza. Pengumuman nama calon yang dibuat terlalu awal ini mungkin juga mempunyai strategi yang tersendiri bagi mencabar calon BN yang hampir pasti diwakili oleh Tok Mat walaupun belum diumumkan oleh BN secara resmi.
Mungkin juga untuk antisipasi pengalaman di Semenyih apabila nama Aiman diumumkan disaat-saat akhir penamaan calon dan esoknya 3 buah PDM ditutup dengan serta merta dengan calonnya  kelihatan bodoh terkebil-kebil bila ditanya soalan mudah oleh pihak media.
Sehari sebelum pengumuman nama calon terdapat sandiwara laporan polis oleh sahabat Dr S Streram sendiri yang menuduh beliau seorang penipu dan tak layak menjadi calon. Timbul juga spekulasi yang mengatakan Dato Sri Anwar Ibrahim sengaja bermain politik dengan meletakkan Dr S Streram  sebagai calon dan kekalahan beliau yang sudah dijangka itu akan mengundang sentimen menyalahkan dan mende…