Skip to main content

RASISKAH KITA BILA MENYEBUT HAK-HAK ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU?

Saya ingin membawa perkongsian tentang kenyataan bekas Perdana Menteri Australia yang saya rasa mempunyai persamaan yang setara dengan apa yang berlaku di Malaysia. Tetapi di Malaysia kalau kita bercakap begini sudah tentu ramai yang mengatakannya 'RASIS' sedangkan kesemua perkara-perkara ini dicatat di dalam Perlembagaan Persekutuan kita dengan jelasnya.

Apabila kita bercakap tentang memperkasakan agenda-agenda  Melayu dan menyebut tentang hak-hak istimewa orang-orang Melayu maka riuh rendah pihak DAP mengatakannya rasis dan terlalu perkauman.
Rasiskah apabila kita menuntut penggunaan Bahasa Melayu di sekolah-sekolah jenis kebangsaan China? Atau menuntut penghapusan sekolah jenis pendidikan China di Malaysia? Apakah rasis atau perkauman melampau apabila kita menyebut perkara-perkara yang disebut khusus didalam perlembagaan Persekutuan? Atau bolehkah kita menuduh perlembagaam Persekutuan itu rasis?
Tidak ramai orang yang berani menyebut perkara-perkara diatas dan kalau di dalam Pakatan Harapan hanya parti Bersatu sahaja yang akan menyebut tentang agenda memperkasakan Melayu dan hak-hak istimewa orang-orang Melayu manakala Amanah, PKR dan DAP hanya akan 'silent' tentang perkara-perkara tersebut. Apakah tidak tercatat di dalam perlembagaan parti PKR, AMANAH dan DAP tentang memperjuang dan mempertahankan Keluhoran Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini? Kalau memang tidak ada, kenapa pihak ROS boleh meluluskan pendaftaran parti-parti politik mereka?

MARI KITA SAMA-SAMA MEMBACA CORETAN BEKAS PM AUSTRALIA TENTANG CINA AUSTRALIA!
1. Orang Cina yang harus sesuaikan diri di negara ini, bukan kami sebagai Australian. Terima atau keluar sahaja dari sini. Saya selaku bekas Perdana Menteri bosan dengan negara yang bimbang tentang sama ada kita menyinggung orang Cina yang tinggal dinegara ini. Sejak serangan pengganas di Bali, kami telah mengalami peningkatan dalam patriotik oleh majoriti Australia. Oleh itu, budaya orang kami telah dibangunkan sejak dua abad perjuangan, melalui pelbagai ujian dan kemenangan diperjuangkan oleh orang asal Australian yang berjuang mendapatkan kebebasan.
2. Bahasa:
Kami orang Australian bertutur didalam Bahasa Inggeris, bukan bahasa Mandarin, Hokkien atau bahasa Cina yang lain. Oleh itu, jika anda orang Cina ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat kita atau menyesuaikan keadaan disini, sila belajar bahasa kami iaitu Bahasa Inggeris. Bukan kami yang perlu belajar bahasa Cina. Sikap kamu orang Cina yang berkelompok dan hanya menggunakan bahasa Cina sesama kamu membuatkan kami orang asal Australia tidak faham dan ini seperti menghina kami.
3. Agama:
Kebanyakan Australian percaya kepada God (Kristian). Kenyataan ini bukanlah kerana semata mata hendak menyebarkan dakwah agama Kristian atau kerana politik. Tetapi hakikatnya negara ini diasaskan oleh orang-orang Kristian, prinsip-prinsip Kristian, dan ini telah dijelas didalam perlembagaan negara Australia. Ia sudah pasti sesuai dan menjadi keperluan untuk dipaparkan di dinding setiap semua sekolah di Australia. Mengapa sudah ada suara suara dari orang Cina untuk menuntut hak yang sama supaya dipaparkan juga agama budha?
4. Pendidikan:
Orang Cina yang menetap disini sepatutnya tidak boleh menuntut hak yang sama atau dengan sengaja mempersoalkan mengapa perlu berbahasa inggeris dan menghormati agama Kristian disini. Jika perkataan God (Kristian) itu menyinggung anda, maka saya selaku bekas Perdana Menteri mencadangkan anda orang cina perlu mencari negara lain untuk menetap. Ini kerana perkataan God (Kristian) adalah salah satu bahagian didalam adat yang dipraktikkan di Australia ini.
5. Kami akan menerima kepercayaan anda, dan tidak akan mempersoalkan mengapa. Apa yang kami minta ialah anda menerima kami sebagai penduduk asal Australia, dan hiduplah dalam suasana harmoni dengan kenikmatan yang telah kami kongsikan.
6. Ini adalah NEGARA KAMI, TANAH KAMI iaitu Australia. Kami Australian yang memboleh serta membenarkan anda orang Cina peluang untuk menikmati kehidupan di Australia ini. Tetapi apabila anda orang Cina telah selesa di negara kami, mengapa anda tiba-tiba mengadu dan merengek? Jika kamu orang Cina merasakan ini semua tidak adil tentang Bendera negara kami, Perlembagaan kami, cara kami membelanjakan wang yang fokus kepada penduduk asal, mengenai agama Kristian kami, cara hidup kami, kerajaan kami, saya rasa selaku bekas Perdana Menteri Australia memberi pintu terbuka kepada mana-mana orang Cina untuk keluar dari negara ini dan pilih negara yang lebih bebas yang dapat menerima semua permintaan kamu ini.
John Horward.
Ex-Prime Minister, Australia.
Apa yang disebut oleh John Horward di atas adalah untuk permasalahan yang berlaku di Australia juga ada tercatat di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia sejak sebelum merdeka lagi bagi menjaga keharmonian kaum di Malaysia. 
Rakyat Malaysia yang terdiri dari kaum China, India dan Melayu harus mengambil iktibar atau pengajaran dari apa yang disebutkan oleh John Horward diatas kerana di Malaysia kita mempunyai  satu 'kontrak sosial' diantara kaum-kaum China dan India yang dicatat dengan jelas dan terperinci di dalam Perlembagaan Persekutuan  Malaysia. Perkara yang berlaku di Australia itu tidak asing bagi Malaysia malah keadaan lebeh teruk lagi dengan ramainya warga China sekarang yang langsung tidak tahu bercakap Bahasa Malaysia kerana mereka hanya terdedah kepada sekolah  jenis pendidikan China sahaja. 
Saya menyeru dan memohon rakyat Malaysia menghormati tentang keluhoran Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mana tercatat jelas bangsa-bangsa Malaysia harus menghormati antara satu sama lain di dalam kerangka perlembagaan itu sendiri yang  jelas menerangkan tentang perkara 153. Tidak wajar bagi mana-mana rakyat Malaysia mempersoalkan atau menyebut RASIS' apabila agenda Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu disebut. Apatah lagi mempersoalkan raja berperlembagaan, islam, bahasa Melayu atau soal tanah reserved melayu. Di dalam perlembagaan disebut semua bangsa boleh hidup bebas dan harmoni serta bersatu padu dalam memperjuang dan membela kaum masing-masing dalam politik bagi melestarikan demokrasi Malaysia. Tidak ada langsung disebut soal perkongsian kuàsa-kuasa politik diantara kaum- kaum di Malaysia. Tetapi perkara ini telah disalah ertikan dengan kononnya kerana Malaysia terdiri dari pelbagai kaum maka formula perkongsian kuasa politik ala Parti Perikatan dan kemudian Barisan Nasional dan sekarang Pakatan Harapan adalah yang terbaik untuk Malaysia.
Tetapi saya berpendapat disebaliknya, disebabkan perkongsian kuasa politik diantara Melayu, China dan India inilah yang menyebabkan Melayu mundur dan terkebelakang dan hilang kuasa ekonomi kepada bangsa China. Selama 61 tahun sistem ini berjalan dan akhirnya dibuktikàn gagal dengan amaran pertama nya pada rusuhan perkauman 13May. 1969 dan kemudian diteruskan dengan penambahbaikkan 'Dasar Ekonomi Baru' bagi mensasarkan 30% peningkatan ekonomi Melayu. Akhirnya kita terus gagal dengan pemimpin ketuanan Melayu dalam BN yang yang terlampau menyalah gunakan kuasa sehingga mengamalkan pemerintahan kleptokrasi yang menyebabkan negara hampir muflis dengan hutang negara yang mencecah angka trilion ringgit. Melayu kekal ketinggalan, India juga kekal miskin dan hanya bangsa China yang terus maju dan mendepani segalanya hasil dari perkongsian kuasa politik yang dipraktikkan di Malaysia sejak 61 tahun dahulu. Jurang perkauman semakin melebar dan semakin ramai anak-anak China yang langsung tidak tahu bertutur bahas Malaysia kerana mereka mengenkari perlembagàan dan tidak menggunakan bahasa Melayu di sekolah-sekolah anak-anak mereka.
Jadi sekarang adalah masa yang sesuai untuk semua rakyat Malaysia kembali semula kepada keluhoran Perlembagaan Persekutuan Malaysia sepenuhnya. Orang Melayu bersatu di bawah politik melayu, orang China bersatu di bawah politik china dan orang India bersatu di bawah politik India dan ketiga-tiganya bergerak bersama-sama untuk memakmorkan demokrasi Malaysia.
Mentaliti generasi yang berumur masih terikat kuat dan tidak langsung terbuka minda mereka kepada idea tidak perlu lagi perkongsian kuasa politik diantara kaum-kaum di Malaysia dan mereka masih tebal mengangap politik mono-etnik ini tidak sesuai di parktikkan di Malaysia malah kalau saya berbicara begini ramai yang akan mengatakan saya berpolitik perkauman yang sempit dan ketinggalan zaman. 
Janganlah kita berfikiran telalu dangkal kerana perpecahan melayu kepada UMNO dan PAS maka jalan keluarnya hanyalah bersekongkol dan berkongsi KUASA POLITIK MELAYU dengan China dan India demi untuk mudah berkuasa, inilah sebenar-benarnya kesalahan besar yang telah berlaku selama 61 tahun lebih. Seharusnya dicari jalan supaya kita Melayu Islam kembali bersatu dan bertaut utuh demi untuk kita sebagai bangsa majoriti dapat berkuasa penuh bagi  memastikan ekonomi melayu kembali kukuh, agenda-agenda melayu dapat dilaksanakan, bahasa Melayu diperkasakan sebagai bahasa kebangsaan, Islam gemilang sebagai ugama resmi dan Raja-Raja Melayu sebagai raja berperlembagaan teguh bersemayam di atas singhasananya. UMNO dan PAS telah saling mengagalkan antara satu sama lain sejak 61 tahun dahulu dan sekarang kita bangsa Melayu mempunyai ruang dan peluang untuk membetulkan semula kesilapan lalu bersama wadah Parti Bersatu untuk umat Melayu Islam kembali bersatu bagi membena kuasa politik melayu sebagai kaum asal pribumi yang majoriti di bumi Malaysia, mari kita tegakkan 'Ketuanan Melayu' dengan menjunjong penuh keluhoran Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tidak perlu lagi kita semua hidup dalam kepura-puraan kononnya tidak rasis, tidak memperjuangkan ketuanan melayu, tidak bersetuju sekolah China menggunakan bahasa Malaysia dan lain-lain seumpamanya sedangkan Perlembagaan Persekutuan kita jelas menuntut rakyat Malaysia yang patuh memperakui kesemuanya tanpa boleh dipilih-pilih.

Kapt(B). Dato Dr Zulkafperi Hj. Hanapi
#Mantan Calon P095 Parlimen Tanjong Karang
KP Bahagian Bersatu Tanjong Karang
Mantan KB Subang





Comments

Popular posts from this blog

SEMENYIH OH SEMENYIH!!

Calon asal Semenyih pada PRU14, Sdr. Mohd Rais Zulkifli (Barisan belakang N0.2 dari kiri/ kemeja pendek biru) yang telah ditukar pada saat-saat terakhir kepada arwah YB Bakthiar Bin Mohd Nor. Kesan perpecahan ini masih terasa di Semenyih sehingga kini dan mungkin akan membawa cabaran yang lebih hebat di PRK nanti.........

PRK Semenyih menjadi tumpuan utama sekarang, berbagai komen, perkiraan, telahan dan perancangan yang dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk lobi melobi untuk menjadi calon. Ramai yang merasakan tekanan semakin hebat dan berat terhadap PH untuk mengekalkan kemenangan Semenyih.


Kalau dilihat kepada faktor angka, sememangnya dengan kemenangan majoriti 8,964 undi memang PH berada dalam keadaan selesa tetapi pada keadaan senario politik semasa yang mana UMNO (14,464 undi) dan PAS (6,966 undi) akan menjadi pengundi yang sama dengan jumlah 21,430 dan akan menjadikan majoriti PH mengecil kepada 1,998 dan apabila ditolak undi PSM sebanyak 1293 maka majoriti undi PH mengecil lag…

POLITIK MATANG ATAU KURANG CERDIK??

Inikah yang dikatakan politik matang?
Kemenangan PH menumbangkan BN pada 9 Mei 2018 tidak boleh terhenti  setakat itu sahaja tanpa melakukan usaha-usaha yang berkesan bagi mengekalkan kemenangan tersebut, gimik dengan meneruskan konsep Malaysia Baharu yang bebas segala-segalanya dengan mengambil pendekatan Politik Matang adalah tidak memadai sama sekali. 
Kemenangan yang tidak diurus dan ditanggani dengan bijaksana untuk terus mengawasi, menekan dan memastikan musuh tidak berupaya bangun kembali untuk mengugat ataupun menggagalkan segala usaha kerajaan PH untuk menguruskan kemenangan PH bagi melestarikan Malaysia Baharu.
Kerajaan PH seharusnya mengambil sikap yang tegas dan lebih berhati-hati dalam memastikan kemenangan ini tidak boleh diganggu-guggat, diperlecehkan, apatah lagi difitnah dengan berbagai propoganda ataupun sebarang cubaan untuk mengagalkan usaha-usaha kerajaan Malaysia Baharu harus ditentang dan diambil tindakan yang pantas.
Sejarah banyak mengajarkan kita kemenangan itu t…

TOLAK #MALUAPABOSSKU.

Kejatuhan Barisan Nasional pada PRU14 lalu menyebabkan Najib Razak terpaksa melepaskan jawatan Presiden Umno tetapi beliau masih memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Pekan. Beliau kelihatan tidak berputus-asa atau berdiam diri sahaja malah semakin aktif kehulu ke hilir turun kebawah berjumpa rakyat dan juga aktif di media sosial. Bidasan dan hantarannya yang sering memperlekehkan kerajaan Pakatan Harapan dan pemimpinnya di Facebook dan Twitter sehingga menjadikan beliau dikenal sebagai "Raja Troll".
Disamping sebagai raja troll beliau juga popular dengan hashtag #maluapabossku yang telah menjadi kegilaan anak-anak muda di media sosial ataupun dimana-mana perjumpaan bersama Najib. Pendeknya Najib memang sudah sinonim dengan #maluapabossku. Semua posting beliau di Facebook atau Twitter menggunakan hastag tersebut dan dalam beberapa minit sahaja mendapat 'likes' yang beribu-ribu. Kalau dilihat kepada komen-komen nitizen kepada posting beliau adalah kebanyakannya menyok…